Site Last Updated 5:39 pm, Saturday

PAS tanding enam kerusi Parlimen, 21 DUN di Pahang

Posted on April 18, 2013, Thursday

TEMERLOH: PAS meletakkan enam calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerusi Parlimen itu ialah Maran, Rompin, Kuala Krau, Lipis, Temerloh dan Jerantut.

Calon-calonnya terdiri daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (Temerloh), Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar (Jerantut), Ketua Pemuda PAS Pahang, Sharil Azman Abdul Halim (Kuala Krau), Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh (Rompin), Ahli PAS Maran, Mujibur Rahman Ishak (Maran) dan Ahli PAS Lipis, Muhyiddin Razali (Lipis).

Tuan Ibrahim berkata daripada 21 calon untuk DUN, 18 daripadanya adalah muka baharu.

Beliau akan bertanding di DUN Jengka dan bakal berdepan penyandang dari BN, Wan Salman Wan Ismail.

Calon bagi kerusi DUN lain ialah Raslan Zainal (Padang Tengku), Tengku Shah Amir Tengku Perang (Dong), Sulaiman Md Derus (Sungai Lembing), Yusoff Embong (Panching), Othman Bakar (Pulau Manis), Abu Kassim Manaf (Peramu Jaya).

Shahrulnizam Abdul Holiff (Luit), Hasenan Harun (Chenor), Kamal Ashari (Kerdau), Syed Hamid Syed Mohamed (Kuala Semantan), Abdul Hamid Bahatim (Pelangai), Musaniff Abdul Rahman (Guai), Syukri Ahmad (Bukit Ibam).

Mohd Fadzil Mohd Ramli (Tioman), Andansura Rabu (Beserah), Yohanis Ahmad (Pulau Tawar), Zakuan Ahmad Badaruddin (Tahan), Abdul Karim Nor (Jelai), Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur) dan Syed Mohamad Anis Syed Husin (Inderapura). — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.