Tiki sah bertanding sebagai calon Bebas di Mas Gading

0

BAU: Penyandang kerusi Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe mengesahkan bakal bertanding sebagai calon Bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

Beliau membuat pengumuman itu pada majlis perhimpunan calon rakyat Rakan BN di Dewan Suarah Bau, di sini, malam ini.

Katanya, keputusan untuk bertanding mengambilkira selepas mendapat sokongan kuat daripada penyokong akar umbi yang terdiri daripada rakyat dan pengundi Mas Gading.

Mereka merupakan bekas pemimpin Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

BN akan meletakkan Nogeh Gumbek, manakala PKR meletakkan Boniface Willy Tumek.

DAP dikatakan meletakkan Mordi Bimol sebagai calon di situ, begitu juga Parti Star.