Azean kritikal, bakal menjalani pembedahan *terkini!

0

PELAKON Azean Irdawaty dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selepas bertarung dengan penyakit kanser satu dekad yang lalu.

Seniwati yang berusia 56 tahun itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor minggu lalu selepas doktor menjumpai dua ketumbuhan di bahagian otaknya akibat kanser yang makin merebak ke bahagian vaskular tubuh beliau.

Menurut anak lelaki Azean, pelakon TV dan teater Benjy ibunya patut dibedah pada hari Khamis namun pembedahan tersebut terpaksa ditunda pada Isnin depan akibat beberapa kes kecemasan yag memerlukan pembedahan dengan segera.