KUCHING: Jabatan Pene-rangan Sarawak dengan kerja-sama Jabatan Penyiaran RTM membuka Pusat Media Rasmi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Auditorium Kecil RTM di sini.
Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak Zaini Mohamad berkata, pusat media yang dibuka pada 18 April lalu hingga 5 Mei itu akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
“Kita juga telah menggunakan venue yang sama iaitu auditorium ini sebagai pusat media pada Pilihan Raya Negeri yang lepas.
“Di sini, kita menyedia-kan pelbagai kemudahan kepada wakil-wakil media, termasuk ruang sidang media, komputer berinternet, WiFi, telefon dan mesin faks, maklumat proses pilihan raya di Malaysia, profil kawasan-kawasan Parlimen Sarawak dan peta kawasan Parlimen,” katanya.
Terdahulu, beliau bersama Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Datu Takun Sunggah mengadakan lawatan pusat media rasmi di Auditorium Kecil RTM di sini, semalam.
Menurut Zaini, selain kemudahan itu, wakil media juga boleh mendapatkan biodata penyandang kerusi Parlimen, keputusan Pili-han Raya Negeri Ke-10 2011, daftar pemilih terkini setakat Disember 2012 dan diwartakan pada 22 Februari 2013.
Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi, nama pegawai pengurus kawasan Parlimen, nota kepada pengarang dan siaran media daripada Jabatan Penerangan, antara kemudahan yang turut disediakan.
Organisasi media boleh menghubungi talian 082-241 290 atau faks 082-241 293 untuk mendapatkan keterangan atau pertanyaan lanjut.