Lau yakin rampas Sibu

0

MESRA: Wong (tiga kiri) bersama Lau (empat kiri) beramah mesra dengan penduduk Rumah Rose (dua kiri) ketika berkempen di rumah panjang di Batu Burak di Sibu semalam.

Beliau sedar pengundi Bumiputera di luar bandar memberi sokongan padu kepadanya

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) Vincent Lau yakin dengan sokongan pengundi Bumiputera di kawasan Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Menurut Lau, beliau sedar dengan sokongan baik pengundi Bumiputera khususnya di luar bandar yang memberikan sokongan padu kepadanya.

“Sokongan pengundi Bumiputera kepada BN di Parlimen Sibu amat baik.

“Dengan sokongan ini, saya yakin dapat merampas kembali kerusi Sibu pada PRU13 ini,” katanya di sini semalam.

Lau ditemui pemberita di Rumah Rose, Batu Burak ketika berkempen pada hari ketiga di semua rumah panjang di Batu Burak, Tanjung Penasu dan Seduan Jaya, semalam.

Turut sama Menteri Kewangan Kedua merangkap ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, Setiausaha Politik Ketua Menteri Andrew Shilling Bangit, Pemanca Stanley Geramong serta yang lain.

Pengundi Bumiputera membentuk lebih kurang 30 peratus pengundi di Parlimen Sibu yang terdiri daripada DUN Bawang Assan, DUN Nangka dan DUN Pelawan.

Lau yang juga muka baharu BN akan ditentang oleh calon muka baharu DAP Oscar Ling dan calon lama Bebas iaitu Narawi Haron dalam pertandingan tiga penjuru di Parlimen Sibu pada PRU13 ini.

Kerusi Sibu sebelum ini disandang oleh Wong Ho Leng daripada DAP yang memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil Sibu 2010.

Ditanya mengenai isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dimainkan pembangkang, Lau berkata: “Kerajaan BN akan sedaya upaya menangkis dan menyelesaikan isu tanah tersebut.”

Beliau juga berjanji akan memberikan lebih perhatian kepada masyarakat Bumiputera sekiranya menang kerana sedar masyarakat Bumiputera masih memerlukan lebih banyak pembangunan.

�;�\ frБ|��. e-font:minor-fareast;mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin’>“Saya mencabar Chong agar memberi respons kepada saya mengenai perkara ini terutama persoalan dalam undang-undang hudud,” tegasnya.

 

Berhubung isu penggunaan lambang DAP, yang didakwa tidak dibenarkan untuk digunakan semasa kempen mereka, Tan Kai berkata, ia hanya strategi DAP untuk mendapatkan undi mereka.

“ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) tidak pernah menyatakan bahawa lambang DAP tidak dibenarkan.

“Jika benar, saya mencabar DAP supaya mendedahkan surat (yang menyatakan lambang DAP tidak dibenarkan) kepada orang awam,” tegasnya.

Sementara itu Tnay mahu pengguna laman sosial Facebook bersikap rasional dan tidak memetik sebahagian sahaja daripada ucapannya dan memutar belit seluruh idea untuk menggambarkannya sebagai seseorang yang kasar.

Tnay berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengguna Facebook menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadapnya dan menyiarkan video ucapannya selama seminit di mana beliau berkata pengundi dari seberang laut pulang ke tanah air untuk berak (‘shit’), mengundi dan kemudian meninggalkan negara lagi.

Beliau memohon maaf jika apa yang beliau sebut secara tidak sengaja telah menyebabkan rasa tidak senang hati di kalangan segelintir pihak tetapi menegaskan beliau bebas bersuara di negara demokratik ini.

“Kenapakah mereka tidak diserang seperti saya?” katanya.

Beliau berkata petikan kecil berkenaan daripada ucapannya selama 19 minit telah disiarkan atas talian.

Menurutnya, ia tidak adil kerana mereka tidak mendengar keseluruhan ucapan dan memahami kandungannya.

Menurutnya, apa yang beliau maksudkan ialah untuk mengingatkan golongan muda supaya tidak pulang untuk mengundi semata-mata untuk mengubah sesuatu tanpa memikirkan tentang implikasinya.