Site Last Updated 4:30 pm, Friday

Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2013 dirasmikan

Posted on April 23, 2013, Tuesday

BERBAKAT: Peserta program khidmat masyarakat KKKG mempersembahkan tarian tradisional masyarakat Sarawak.

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2013 pada 23 April sekitar jam 9 pagi di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak.

Majlis ini bakal dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Profesor Dr Abdul Rahman Deen dan dijangka dihadiri lebih 300 orang.

Menurut kenyataannya semalam, 23 April telah dipilih sebagai tarikh Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan menghormati hak cipta.

Pada majlis perasmian akan diadakan sesi penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada ‘Pembaca Aktif Pustaka’ untuk suku tahun pertama dan kedua tahun 2012 dan juga kepada peserta Cabaran Membaca 1 Buku 1 Bulan pada 2012.

Penyampai radio terkenal Osha daripada ERA.fm Kuching juga akan turut serta memeriahkan majlis perasmian ini melalui sesi ‘Bacaan Kegemaran Saya’.

Pelbagai aktiviti dan program ilmiah akan diadakan untuk orang awam secara percuma sepanjang minggu sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2013, antaranya Bengkel Sayangi Buku Anda, Ceramah Hak Cipta dalam Penulisan, Bengkel Seni Kaligrafi Arab atau Khat, Ceramah Penjagaan Awal Kanak-kanak, Aktiviti Infotek Kanak-kanak, Ceramah Sarawakiana, serta pameran dan jualan buku daripada MPH Bookstore dan Budding Readers.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.