Sikap pembangkang suka bangkit isu sensitif diselar

0

BINTULU: Sikap pembang­kang yang suka membangkitkan isu sensitif pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini diselar kerana bukan sahaja dilihat tidak beretika namun mengapi-apikan isu perkau­man dan agama yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Datuk Seri Tiong King Sing.

“Setakat ini, apa yang saya lihat pembangkang telah mem­bangkitkan isu agama dan kaum yang bukan sahaja sensitif, namun pada masa sama mer­endah-rendahkan golongan tertentu sedangkan dalam polisi kerajaan, semua kaum diberi­kan hak sama rata dalam pel­bagai aspek bagi membolehkan semua bergerak seiring dalam menikmati arus pembangunan negara ini,” katanya.

Jelasnya, Projek Tangki 1Malaysia yang diberikan kerajaan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman tidak harus dipoli­tikkan kerana ia merupakan tuntutan masyarakat luar bandar yang harus dipenuhi memandangkan ia cara terbaik yang mampu dilaksanakan pada masa sekarang sementara menunggu bekalan air bersih sampai ke kawasan mereka.

“Pembangkang harus in­gat bahawa kawasan Parli­men Bintulu merupakan satu kawasan yang luas dan kerajaan sentiasa mencuba sedaya upaya bagi membantu segenap lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman,” tam­bahnya.

Justeru, sikap pembang­kang yang suka mengkritik BN dalam apa sahaja bentuk bantuan yang disalurkan buat rakyat bolehlah dikatakan cuma pandai bercakap tanpa memikirkan usaha serta penat kerajaan dalam membantu memperbaiki taraf hidup rakyat.

Tiong juga meminta DAP berhenti mengeksploitasi isu poster dan papan tanda pilihan raya yang digunakan oleh parti berkenaan yang sebenarnya adalah tidak mengikut spesi­fikasi serta saiz yang diben­arkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui BDA mem­punyai hak untuk meminta DAP menurunkan atau tidak mengguna pakai lambang yang tidak mengikut spesifikasi saiz yang ditetapkan kepada semua parti bertanding,” katanya.