Site Last Updated 1:33 am, Sunday

Kontinjen Miri buktikan keunggulan

by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on April 29, 2013, Monday

KAMI JUARA: Kontinjen Miri muncul juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak (MSS) Edisi Ke-41 2013 di Bintulu semalam.

BINTULU: Kontinjen Miri muncul juara keseluruhan setelah mengumpul 448 mata pada Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah- sekolah Sarawak (MSS) Edisi Ke-41 2013 semalam.

Kejohanan berlangsung empat hari di Stadium Mini Bintulu menyaksikan Miri mengumpul sebanyak 28 pingat emas, 35 perak dan 24 gangsa.

Menduduki tempat kedua ialah Kontinjen Kuching yang mengumpul 324 mata dengan meraih 21 emas, 24 perak dan 21 gangsa.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Sarikei mengumpul 283 mata dengan meraih 25 emas, 14 perak dan 11 gangsa.

Kontinjen tuan rumah iaitu Bintulu pula menduduki tempat keempat yang mengutip 224 mata dengan meraih sembilan emas, 12 perak dan 21 gangsa.

Sementara tempat kelima Sibu (210.5 mata – 15 emas,10 perak, 14 gangsa), keenam Samarahan (144 mata – 7 emas, 11 perak, 10 gangsa), berkongsi tempat ketujuh Limbang (63 mata – 5 emas, 4 perak, 1 gangsa) dan Betong (63 mata – 6 emas, 3 perak, 3 gangsa), kesembilan Kapit (57 mata – 1 emas, 3 perak, 7 gangsa), ke-10 Mukah( 49.

5 mata – 1emas, 3 perak, 5 gangsa) dan ke-11 Sri Aman(39 mata – 1 emas, 1 perak, 3 gangsa).

Dua peserta menyerlah dengan mendominasi saingan dalam beberapa acara yang dipertandingkan dan memecah rekod kebangsaan.

Norris Foo dari Bahagian Sibu kategori wanita 15 tahun ke bawah memecah rekod baharu kejohanan dan kebangsaan sekali gus meraih emas dalam acara larian pecut 100 meter dengan catatan masa 11.87 saat.

Manakala Queenie Ting Kung Ni (Sarikei) wanita 18 tahun ke bawah memecah rekod baharu kejohanan dan kebangsaan juga meraih emas dalam acara melempar cakera dengan lemparan sejauh 40.99 meter.

Norris Foo turut meraih emas dalam acara 200 dan 100 meter lari berpagar masing-masingnya dengan catatan 31.01 saat dan 15.78 saat.

Namun, dalam acara lontar peluru Queenie Ting Kung Ni hanya menduduki tempat keempat setelah lontarannya hanya mencatatkan 9.10 meter sahaja.

Berucap pada majlis penangguhan kejohanan, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri, Ellen @ Manium Enggang berkata perjuangan atlet belum berakhir kerana atlet-atlet yang terpilih menyarung jersi pasukan negeri perlu ber- sedia menghadapi saingan lebih besar di peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang kelak.

“Ini merupakan tugas berat yang harus dipikul oleh jurulatih dan pegawai pasukan untuk membawa balik kemenangan dan memperbaiki pungutan pingat yang pernah diraihnya pada kejohanan yang sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, atletatlet yang tidak terpilih mewakili Sarawak mereka harus bermuhasabah diri, refleksi nilai mengenai apa yang berlaku terutamanya persediaan pasukan masing-masing semasa saingan peringkat negeri ini.

Katanya, perlu nilai semua program pembangunan dan pengurusan pasukan serta peranan setiap yang terlibat.

“Rancang semula tindakan susulan dan perbaiki prestasi sama ada dalam acara balapan dan padang untuk menghadapi saingan MSS tahun depan,” katanya.

Pada akhir kejohanan, pengumuman atlet-atlet yang bakal mewakili MSS Sarawak ke kejohanan MSSM yang sama peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang pada Mei ini.

Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu, Tan Kiang Tuang.

 

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.