Keputusan sahih PRU13 hanya daripada SPR

0

MESRA: Abdul Aziz beramah mesra dengan isteri serta anak anggota tentera ketika pengundian awal PRU13 di Sekolah Rendah Agama Khalid Al-Walid, di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu mendapatkan keputusan muktamad peng-undian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad ini daripada Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) sahaja dan tidak bersandarkan maklumat tidak sahih yang dikeluarkan pihak lain.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekali gus mengingatkan ejen-ejen parti politik yang berada di pusat pengiraan undi, supaya tidak menyebarkan maklumat berhubung keputusan PRU13 sebelum ia diumumkan SPR, bagi mengelak kekeliruan.

“Langkah menyebarkan maklumat sedemikian bukan sahaja boleh mengganggu perjalanan pilihan raya, malah akan menyebabkan pihak ti-dak bertanggungjawab meng-ambil kesempatan terhadap maklumat berkenaan.

“Maklumat keputusan pilihan raya hanya akan di-umumkan oleh SPR. Tunggu keputusan muktamad daripada SPR,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang dan Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini semalam.

Tegas menolak tanggapan pihak tertentu kononnya SPR lebih berpihak kepada kerajaan, Abdul Aziz berkata kalah menang calon atau parti hanya boleh ditentukan oleh pengundi sendiri dan bukannya SPR.

Beliau berkata, SPR ialah sebuah badan bebas, dan pilihan rakyat tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

“Jika SPR mahu memasti-kan BN menang, mengapa mereka bekerja keras. Tengok Perdana Menteri, beliau be-kerja keras, berapa jam sehari. Saya tak tahu. Jika mereka tahu akan menang mudah, mengapa perlu kerja keras.

“Di Malaysia, sesiapa sahaja boleh menang, calon-calon itu, bukan sebab SPR tolong atau kalau dia kalah, SPR tidak tolong.

“SPR ialah badan bebas, yang menentukan menang atau kalah, raja (pada peng-undian) ialah pengundi. Di Malaysia, pengundi adalah raja, tiada siapa boleh mencabar mereka,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan bahawa SPR memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Abdul Aziz turut menafikan dakwaan bahawa SPR tidak telus dalam mengendalikan pilihan raya.

“Selaku Pengerusi SPR, SPR tidak akan menipu, tidak sama sekali, apa yang diterima dalam kertas undi itu, itulah yang akan dibawa keluar dan dibuka di hadapan ejen parti yang sama-sama akan buka sampul itu.

“Kami tidak bertindak, kami tidak mengambil kertas dari peti undi, tidak mungkin, tidak sama sekali,” tegasnya. — Bernama

#myvote13 #ge13