Penyokong DAP didakwa cuba langgar Timbalan Pengerusi SUPP Batu Lintang

0

KUCHING: Ketika hari mengundi semakin hampir, penyokong fanatik Parti Tindakan Demokratik (DAP) khususnya di Bandar Kuching didakwa mula menunjukkan tindakan di luar batasan.

Malam kelmarin, anggota kumpulan ‘Ubah’ itu didakwa melakukan cubaan melanggar Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Batu Lintang, Sivanesan Sammugalingam ketika beliau berada di lokasi ceramah calon Barisan Nasional (BN) bagi Bandar Kuching, Tan Kai.

“Pada sekitar jam 9.30 malam di One TJ, sebuah pikap berwarna putih dengan tertera lambang DAP telah cuba melanggar saya.

“Apa yang berlaku ini merupakan tindakan keras dan ganas penyokong DAP bagi mengancam keselamatan orang awam,” kata Sivanesan pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di sini, semalam.

Ekoran kejadian itu, beliau membuat laporan polis semalam sebagai langkah keselamatan.

Justeru, Sivanesan menyeru calon DAP di Bandar Kuching yang juga Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen agar mengawal tindakan pengikut-pengikutnya demi menjamin pilihan raya yang bersih dan aman.

“Jangan bawa budaya kekeras-an dari Semenanjung ini ke Sara-wak.

“Ini dikhuatiri akan mengancam serta menakutkan generasi muda khususnya pengundi baharu untuk keluar mengundi,” katanya.

Dakwaan cubaan melanggar Sivanesan bukan ancaman pertama yang didakwa dilakukan oleh penyokong-penyokong DAP.

Mereka juga didakwa melaku- kan kekacauan pada sesi ceramah Tan Kai di Tabuan Jaya dan didakwa turut membaling botol ke-tika Tan Kai sedang berceramah di RH Plaza.