15 jelitawan rebut gelaran ratu Biperoh Gawai 2013 malam ini

0

KUCHING: Lima belas gadis jelita Bidayuh akan bersaing pada pertandingan ratu cantik bagi merebut gelaran ‘Dayung Sangon Biperoh Gawai 2013’ malam ini.

Pertandingan tersebut diadakan sempena sambutan Gawai Dayak 2013 dan akan berlangsung di Restaurant Wei Thian, Siburan.

Para peserta akhir pertan-dingan itu terdiri daripada gadis-gadis dari sembilan buah kampung kaum Bidayuh Biperoh di Penrissen dan Padawan.

Mereka ialah Audrey Batise Kais, 23, Ellyvia Nawog, 20, Wina Uding Dollin, 23, Edlina Diana Borders, 17, Jane Masing Perry Rikan, 25, Chloe Syaine Robin, 22, Debbie Jesselynn David 24, Cathy Lam Akeng, 24, Amanda Lona Ah Kok, 20, Elmarina Toming, 22, Anastasia Glennie Aking, 20, Natalie Philip Dorab, 20, Yvonnie Marie Charles Riam, 19, Anthea Thomas, 25 dan Velarie Robert, 20.

Dianjurkan oleh Persatuan Biperoh Kuching (BAK), pertandingan ini akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kesihatan Awam, Dr Jerip Susil merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh.

Menurut Presiden Persatuan Biperoh Kuching Dr Benedict Poris, johan akan menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta trofi dan hamper.

Manakala naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan RM700, di samping piala dan hamper.

Tiada peserta akan pulang dengan tangan kosong kerana pihak penganjur turut menyediakan 12 ha-diah sagu hati berupa wang tunai RM100 untuk setiap peserta.

Pertandingan berkenaan adalah untuk mempromosi-kan kebudayaan dan pakaian masyarakat Biperoh selain mengeratkan jalinan persahabatan.

Biperoh merupakan salah satu daripada kumpulan dalam masyarakat besar Bidayuh yang mendiami sembilan kampung di Penrissen dan Padawan.

Kampung-kampung ber-kenaan ialah Kampung Semadang, Kampung Jambu, Kampung Karu, Kampung Garung, Kampung Giam Bauh, Kampung Giam Amba, Kampung Giit, Kampung Grait dan Kampung Sebetung.

Pada majlis sama Dr Jerip menyampaikan insentif pendidikan kepada pelajar-pelajar cemerlang kaum Biperoh.