Joan Liu raih gelaran Baby Of The Year 2013

0

KUCHING: Seramai 12 bayi menerima hadiah masing-masing pada pertandingan Baby Of The Year 2013 yang diadakan di pusat beli-belah Boulevard semalam.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Boulevard dan ditaja oleh Phil Art Photography, Disney Mickey Mouse & Friends, Disney Cuties, Disney Baby, Royale Baby, Fiffy, Baby Kiko, Baby Looney Tunes, Anakku, Multi-Score, Pureen, Cuddles dan Tenderly.

Baby Of The Year 2013 telah dimenangi oleh Joan Liu Rui Lian yang berumur 14 bulan.

Liu menerima hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai RM800, hamper hadiah, peralatan bayi serta foto berbingkai berukuran 12 inci.

Tempat kedua dimenangi oleh Dwyane Leong Yu Chen yang membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai RM600, hamper hadiah, peralatan bayi serta foto berbingkai berukuran 11 inci.

Sementara itu tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Clemence Lian Kolan dan Alya Rania Faiqah Abdul Razif yang masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar beli-belah bernilai RM400 dan RM200 serta hadiah-hadiah sampingan lain.

Lapan peserta akhir bayi turut menerima hadiah sagu hati berupa baucar membeli-belah bernilai RM100 serta hadiah-hadiah sampingan lain.

Seramai 168 peserta bayi menyertai pertandingan tersebut yang bermula pada 1 hingga 31 Mac lepas sempena Baby Fair di Boulevard.

Bayi yang turut serta hendaklah dilahirkan antara 1 April 2011 hingga 1 September 2012 dan dikehendaki hadir pada sesi penggambaran oleh jurugambar profesional yang dilantik oleh penganjur pada tarikh yang ditetapkan.