Jom sertai bola sepak sembilan sebelah Maritim Miri

0

MIRI: Pasukan bola sepak tempatan dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Kalah Mati Sembilan Sebelah (SUKMAS) Maritim Miri yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 Mei ini.

Jurucakap penganjur, Lee Joon Siong berkata kejohanan itu terbuka kepada semua pasukan dan warga asing yang mempunyai dokumen yang sah.

Kejohanan terbabit tidak terhad dan yuran penyertaan yang dikenakan kepada setiap pasukan yang berminat ialah RM100 sahaja.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13 Mei ini, manakala cabutan undi juga akan diadakan pada hari sama di Pejabat Daerah Maritim Miri (DM13).

Kejohanan itu akan berlangsung di Padang Kementerian Pembangunan Sukan (KPS) Miri.

Pemenang yang bakal muncul juara, naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan menerima sebuah piala, wang tunai berserta medal iringan.

Sebarang keterangan lanjut berkenaan kejohanan ini boleh menghubungi City Sport di talian 085-422333 atau Lee Joon Siong (012-8041199).