Site Last Updated 7:02 am, Wednesday

Pembinaan 500 unit RMM penuhi keperluan penduduk

Posted on May 5, 2013, Sunday

MIRI: Pembinaan 500 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Lambir yang dilancarkan kelmarin, bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) komited memenuhi keperluan penduduk terutama golongan berpendapatan rendah.

Pada masa sama, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata tambahan unit PPR yang dibangunkan itu akan mampu menyelesaikan masalah setinggan di sini.

“BN merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sememangnya komited dalam memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri.

“Justeru, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membina lebih banyak perumahan selesa dan mampu milik untuk memenuhi keperluan asas paling utama rakyat terutama golongan berpendapatan rendah,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek PPR Lambir di Sungai Rait, Bakam di sini petang kelmarin.

Hadir sama Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Perumahan Negara (SPN) Datuk Mohamad Yusoff Ghazali, Menteri Muda Perhububngan Datuk Lee Kim Shin, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) Wan Mohd Yusof Wan Moss.

Sementara itu, Chin mengakui kenaikan mendadak harga rumah di pasaran sekarang adalah dipengaruhi oleh faktor permintaan yang tinggi selain kos bahan binaan dan tanah yang semakin mahal.

Oleh sebab itu, katanya kerajaan sanggup menanggung subsidi kos perumahan yang tinggi untuk memastikan golongan miskin dan berpendapatan rendah dapat tinggal di rumah sendiri dengan persekitaran yang lebih selesa, santai dan sihat.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.