Jangan marah dengan Cina

0

‘TSUNAMI POLITIK CINA’: Najib mengadakan sidang media selepas majlis perjumpaan khas dengan Anggota-anggota Parlimen BN di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

Demikian nasihat Najib kepada Ahli Parlimen BN

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya tidak marah dengan masyarakat Cina yang tidak mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, nasihat itu disampaikan Najib semasa perjumpaan bersama Ahli Parlimen BN di Kuala Lumpur semalam.

Najib juga katanya berpesan agar tidak menggelarkan keputusan PRU13 sebagai ‘Tsunami politik Cina’ kerana bimbang wujud ketegangan kaum.

Perkataan ‘Tsunami politik Cina’ muncul apabila MCA, Parti Gerakan dan SUPP kalah teruk di kawasan ditandingi masing-masing.

SUPP tewas enam daripada tujuh kerusi Parlimen yang melibatkan kawasan bandar sementara hanya menang di kerusi majoriti Bidayuh, Par- “Kekalahan BN di kawasan majoriti Cina bukanlah ‘tsunami politik Cina tetapi fenomena bandar,” kata Wan Junaidi ketika dihubungi semalam.

Menurutnya kerajaan akan melakukan penyelidikan dan kajian untuk mencari punca utama kurangnya sokongan masyarakat Cina kepada BN.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, perjumpaan itu merupakan kali pertama diadakan antara Perdana Menteri dan Ahli Parlimen selepas pilihan raya.

“Semua Ahli Parlimen BN dinasihati untuk melakukan kerja dengan baik kerana bimbang ada Ahli Parlimen tidak mahu bekerja selepas dipilih.

“Najib juga mahu semua Ahli Parlimen peka dengan keperluan masyarakat di kawasan masing-masing,” ujarnya.

limen Serian menerusi Datuk Richard Riot Jaem.

“Najib menyatakan meskipun majoriti undi orang Cina tidak berpihak kepada BN, kerajaan BN tidak akan mengabaikan kebajikan dan keperluan mereka.