Sejumlah 11 bayi terima sumbangan hadiah daripada PBSM Cabang Miri

0

TAHNIAH: Judy menyampaikan hadiah kepada ibu bayi yang dilahirkan semalam sempena sambutan Hari Bulan Sabit Merah Sedunia pada 8 Mei.

MIRI: Sejumlah 11 bayi yang lahir di Hospital Miri di sini menerima sumbangan hadiah daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri petang semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Naib Presiden PBSM Cabang Miri Datin Judy Wan Morshidi di wad bersalin Hospital Miri.

Objektif pemberian hadiah kepada bayi yang lahir semalam adalah sempena sambutan Hari Bulan Sabit Merah Sedunia pada 8 Mei setiap tahun.

Tujuh bayi perempuan dan empat bayi lelaki selamat dilahirkan di Hospital Miri semalam, sementara tiga lagi masih menunggu di bilik bersalin.