Site Last Updated 5:14 pm, Tuesday

Imbasan sejarah penerokaan awal

by SITI AISYAH NARUDINaisyahub@gmail.com. Posted on May 14, 2013, Tuesday

CHONG (dua kanan) bersama Leo (dua kiri), Jackwite (kiri) dan Justin (kanan) ketika ditemui baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Sambutan perayaan 100 tahun pekan Inanam-Menggatal-Telipok pada Julai akan datang dijangka lebih meriah dengan penglibatan lebih banyak persatuan yang berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Chong Tet Loi berkata pelbagai program dan aktiviti dirancang sempena perayaan kali ini.

Katanya, ia melibatkan program seperti Kempen Derma Darah, gotong-royong, projek bersama komuniti serta pameran sejarah dan seni.

“Sebelum ini kita pernah menganjurkan sambutan ulangtahun ke-90 dan ini adalah kali kedua kita menganjurkannya.

“Selain Persatuan Hakka Kota Kinabalu yang bertindak sebagai penganjur utama, kita turut mendapat kerjasama daripada Persatuan China Utara Sabah dan ‘North Borneo History Enthusiasts’,” katanya kepada media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, program berkenaan dijalankan bagi memperingati sejarah kedatangan kaum Cina ke pekan-pekan terbabit dan sebagai kumpulan yang membuka kawasan itu.

Katanya, acara kemuncak sambutan adalah Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-100 pada 27 Julai.

“Tahun ini dianggap istimewa kerana 100 tahun sebelum ini pada 1913, di situlah bermulannya sejarah pembukaan dan pembangunan kawasan Inanam, Telipok dan Menggatal.

“Gabungan antara masyarakat Selatan China yang juga suku Hakka dan komuniti Utara China menjadikan sambutan kali ini lebih meriah dari tahun sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, menerusi projek komuniti yang dijalankan, pihaknya memilih sebuah keluarga kurang berkemampuan di Menggatal.

Chong berkata, bantuan yang diberikan termasuklah membaiki rumah dan menyerahkan beberapa sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

“Pameran mengenai sejarah dan budaya sekitar tahun kedatangan masyarakat Cina ke pekan terbabit dijalankan sebagai pendedahan kepada umum.

“Justeru, penglibatan North Borneo History Enthusiasts akan melancarkan lagi pameran yang diadakan di galeri seni Kolombong,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Penganjur Persatuan China Utara Sabah, Leo Lee, wakil North Borneo History Enthusiasts, Justin Sunan Wong dan Pengarah Bahagian Pemuda, Persatuan Hakka Kota Kinabalu, Jackwite Lee.

 

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.