Site Last Updated 5:36 pm, Thursday

Liga Limbang: ABC All Star belasah Marvellous FC 7-4

Posted on May 14, 2013, Tuesday

BERSAING: Pasukan ABC All Star dan Marvellous FC sebelum perlawanan bermula di Kompleks Sukan Limbang semalam.

LIMBANG: Peryertaan su­lung pasukan ABC All Star dalam pentas Liga Limbang-Naim 2013 nyata tidak meng­hampakan apabila membe­lasah Marvellous FC dengan 7-4 di Kompleks Sukan Lim­bang, petang kelmarin.

Pengurus pasukan, Bulhaji Wahab berkata kemenangan itu memberi semangat mem­bara buat anak-anak buahnya yang dibarisi pemain berpen­galaman dalam kancah bola sepak tempatan.

“Tersenarai antara pasu­kan yang bersaing dalam Liga Premier musim ini, kami akan terus memburu kejayaan bagi menyempur­nakan misi memburu kejuar­aan,” katanya.

Selain ABC All Star, Liga Premier dibarisi pasukan Lubuk Piasau, PML, KBL, Marvellous FC, Ransing, Utahol FC, Bidang FC, BB FC, Felda United dan High­lander’s/Budak Pasir.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.