Site Last Updated 12:09 pm, Friday

Terminum racun akibat terlalu haus

Posted on May 16, 2013, Thursday

TERSALAH MINUM: Rakan-rakan mengangkat mangsa yang pengsan selepas tersalah minum racun rumput sejurus tiba di pekarangan HUS pagi semalam.

KUCHING: Gara-gara terlalu dahaga, seorang lelaki warga Indonesia terminum racun rumput di sebuah ladang kelapa sawit, pagi semalam.

Mangsa, 45, semasa kejadian dikatakan bekerja di ladang tersebut yang terletak di Rambungan, dekat sini dan berehat seketika sekitar jam 9 pagi berikutan cuaca panas.

Menurut sumber, ekoran terlalu dahaga, mangsa dikatakan mengambil sebuah botol yang mengandungi racun rumput dan terus meminumnya tanpa memeriksa isi kandungannya.

Menyedari bahawa air yang diminumnya adalah racun rumput, mangsa cuba memuntahkan air tersebut semula namun tidak berjaya sebelum pengsan di tempat kejadian.

Melihat keadaan mangsa, rakan-rakannya bergegas membawa mangsa kepada majikan mereka sebelum mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Berikutan jarak di antara ladang tersebut dengan HUS agak jauh, mangsa tiba di hospital sekitar kira-kira dua jam kemudian menggunakan sebuah pikap.

Sehingga berita ini ditulis semalam, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan dan masih menerima rawatan di HUS.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, seorang lagi lelaki warga Indonesia disahkan meninggal dunia di sebuah rumah milik konsulat Indonesia di sini petang kelmarin.

Mangsa berusia 40-an itu dikatakan pada mulanya ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah tersebut yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg sebelum dibawa ke HUS oleh anggota polis sejurus menerima laporan berhubung kejadian.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sejurus tiba di HUS.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.

91