Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri di Kapit pada 18-22 Mei ini

0

KUCHING: Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2013 akan diadakan di Kapit dari 18 hingga 22 Mei ini.

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda.

Antara aktiviti bakal diada-kan ialah gotong-royong, senamrobik, larian kesihatan, pameran, pertandingan pidato, Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Pelancaran Hari Guru.

Majlis Anugerah Kecemerlangan akan dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

Acara kemuncak ialah Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak yang akan disempurnakan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 22 Mei di Dewan Suarah Kapit.

Anugerah Tokoh Guru dan Tokoh Kepemimpinan Pendidikan Sarawak akan diumumkan pada majlis itu.

Anugerah Tokoh Pencapai-an Khas Guru dan hadiah para pemenang cemerlang dalam akademik serta kokurikulum akan disampaikan semasa majlis Anugerah Kecemerlangan Perayaan Hari Guru pada 21 Mei di Dewan Suarah Kapit.