Pembinaan Jambatan Igan perlu dipercepat

0

KUCHING: Kerajaan digesa menyiapkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Igan bagi tujuan kemu-dahan penduduk setempat selain akan merancakkan lagi sosioekonomi penduduknya.

Abu Seman Jahwie (BN-Jemo-reng) berkata, subjek berkenaan telah dikemukakan sebelum ini namun masih menjadi modal cerita orang kampung kerana ia belum bermula lagi.

“Projek ini telah diluluskan sebenarnya cuma kini ia masih belum ‘take-off’ lagi.

“Menyedari kepentingan jambatan ini kepada penduduk khasnya merancakkan lagi sosioekonomi masyarakat setempat, saya berharap kerajaan dapat mempercepatkan projek berkenaan,” katanya berucap membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada Isnin lepas, pada Persidangan DUN, semalam.

Menurut Abu Seman, pembinaan Jambatan Igan yang menghubungkan daerah Matu dan daerah Kecil Igan sangat penting kerana ia merupakan projek berimpak tinggi.

Sementara itu berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, katanya pihak pembangkang tidak mahu menerima hakikat kekalahan mereka dengan menganjurkaan demonstrasi jalanan.

“Mereka berpakaian gelap hitam kononnya demokrasi sudah tidak ada atau wujud di Malaysia.

“Kita percaya demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang tidak akan mengubah keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN),” katanya

Tambah beliau, dengan kemena-ngan BN pada 5 Mei lalu, tidak ada pihak yang boleh membantah kerana rakyat telah membuat pilihan melalui sistem demokrasi.

“Perhimpunan jalanan bukanlah cara untuk menentukan siapa yang layak menjadi kerajaan, malah mereka cuma tidak matang ber-politik dan menganjurkan demonstrasi jalan cuma membuang masa,” tegasnya.