Biar wanita tentukan perancangan keluarga

0

TUMPUAN: Melinda semasa sidang media pada Persidangan Global Woman Deliver 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Wanita perlu dibenar untuk menyuarakan pandangan dan membuat keputusan mengenai pilihan perancangan keluarga demi kesejahteraan mereka dan anak-anak mereka.

Pengerusi Bersama Yayasan Bill and Melinda Gates, Melinda Gates berkata kebanyakan wanita tidak sentiasa mendapat sokongan yang mereka perlukan untukmembuat keputusan terbaik bagi diri mereka dan keluarga mereka.

Beliau berkata, berjuta-juta wanita di seluruh dunia menyatakan mereka tidak mahu mempunyai anak tetapi tidak menggunakan pil atau alat perancang keluarga.

“Sebahagian daripada wanita ini akan mati akibat komplikasi kehamilan. Setengahnya pula akan melahirkan anak yang meninggal dunia. Kebanyakan ibu-ibu yang selamat melahirkan anak mereka pula tidak mempunyai sumber untuk menyara dan memberi pendidikan kepada anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi mengenai ‘Girls and Women: Drivers of Development’ pada Persidangan Women Deliver 2013 di sini semalam.

Mengambil contoh negara-negara Afrika, beliau berkata 75 peratus daripada gadis di sana berkahwin sebelum menyambut hari lahir ke-18, satu daripada kadarperkahwinan kanak-kanak paling tinggi di dunia.

Gates berkata, besar kemungkinan bahawa pengantin kanak-kanak dari negara-negara miskin dan membangun tidak mempunyai akses kepada pil dan kaedah perancang keluarga, akan hamil dan meninggalkan alam persekolahan.

“Bagaimanapun, jika anak-anak gadis ini tidak mengandung dan meneruskan persekolahan, semuanya akan berubah.

Mereka akan lebih sihat, anak-anak yangmereka lahirkan nanti akan lebih sihat. Dan kerana mereka boleh menamatkan alam persekolahan, mereka boleh menjana pendapatan,” katanya.

Melinda menegaskan bahawa pada Sidang Kemuncak Perancangan Keluarga London tahun lepas, seluruh dunia bersatu dalam matlamat untuk memberi pendedahankepada lebih ramai gadis dan wanita di seluruh dunia mengenai pilihan perancangkeluarga untuk keluarga mereka.

Beliau berkata sejak sidang kemuncak itu, hampir dua dozen negara telah membangunkan pelan untuk memastikan bahawa wanita mempunyai akses kepada pil dan alat perancang keluarga.

Sambil menekankan perancangan keluarga hanya permulaan, Gates berkata wanita mempunyai kuasa untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk hamil dan perlumempunyai kuasa untuk memastikan kesejahteraan anak mereka.

Berpandu kepada kepercayaan bahawa setiap kehidupan mempunyai nilai yang sama, Yayasan Bill and Melinda Gates berusaha untuk membantu semua orang agar mempunyai kehidupan yang sihat dan produktif.

Di negara-negara membangun, ia memberi tumpuan dalam meningkatkan kesihatan rakyat dan memberi mereka peluang untuk meningkatkan kehidupan serta keluar daripada kebuluran dan kemiskinan tegar.

Sementara itu, Girls Not Brides, rakan kongsi global kepada lebih 100 pertubuhan yang berusaha untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak di seluruhdunia, adalah antara entiti yang hadir pada persidangan di Kuala Lumpur ini.

Pegawai operasinya Marta Welander berkata pertubuhan itu berada di sini untuk menyampaikan mesej bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah memudaratkananak-anak gadis dan wanita.

“Tanpa menangani masalah perkahwinan kanak-kanak, kami tidak fikir ia boleh menyelesaikan beberapa masalah yang dibincangkan pada persidangan ini,” katanya.

Lebih 3,000 perwakilan, termasuk penggubal dasar, penyokong dan pemimpin dunia mewakili lebih 150 negara, menghadiri persidangan tiga hari itu bermula kelmarin.

Acara itu disifatkan sebagai persidangan global terbesar pada dekad ini yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan gadis serta wanita. Ia dianjur Women Deliver yang beribu pejabat di New York. — Bernama