BN tunai janji bangunkan kampung Orang Asli di Cameron Highlands

0

KUALA LIPIS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menunaikan janji melaksanakan projek pembangunan perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands.

Anggota Parlimen Came-ron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata, pembinaan jalan, rumah serta bantuan kebajikan kepada penduduk Orang Asli akan diteruskan, malah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan taraf hidup golo-ngan itu ke tahap yang lebih baik.

“Kerajaan BN tidak pilih kasih di dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat, malah kepentingan setiap rakyat akan tetap diberikan keutamaan.

“Orang Asli sama seper-ti penduduk lain, berhak menikmati pembangunan dan peluang yang disediakan kerajaan,” katanya pada majlis kesyukuran kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu di perkampungan Orang Asli Pos Kuala Koyan, di sini kelmarin.

Palanivel yang juga Men-teri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, tohmahan pembangkang bahawa BN meminggirkan Orang Asli fitnah sama sekali malah banyak peluang disediakan kerajaan untuk masyarakat peribumi itu.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat Orang Asli agar menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), wakil rakyat, penghulu, pemimpin tempatan dan tok batin untuk memperoleh maklumat tepat mengenai sesuatu projek pembangunan. — Bernama