SCB cari lima individu cemerlang berminat wakili S’wak pada konvensyen antarabangsa

0

KUCHING: Biro Konvensyen Sarawak (SCB) sekali lagi mengumumkan pencarian lima individu cemerlang yang berminat mewakili Sarawak pada konvensyen-konvensyen antarabangsa yang dipilih mereka sendiri.

Sekarang memasuki tahun keempat, permohonan Anugerah Biasiswa Konvensyen Antarabangsa dibuka kepada semua rakyat Sarawak serta yang tinggal di Sarawak berusia 18 tahun ke atas daripada institusi pengajian tinggi, syarikat swasta atau jabatan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi daripada universiti atau kolej.

Pemohon mesti sama ada ahli persatuan kerajaan atau persatuan tidak mencari keuntungan juga boleh memohon.

Pemilihan konvensyen mesti bergilir-gilir antara destinasi berbeza dan mempunyai kemungkinan menghoskan konvensyen di Malaysia.

Pemohon yang berjaya akan menerima geran hingga  RM10,000 untuk digunakan bagi membiayai perjalanan, tempat tinggal, keahlian persatuan dan yuran pendaftaran konvensyen  untuk menghadiri konvensyen antarabangsa pilihan mereka  yang diluluskan SBC.

Tarikh tutup permohonan ialah 31 Julai 2013 untuk konvensyen yang akan diadakan pada September 2013 dan Disember 2014.

Sementara itu daripada pemilihan Anugerah Biasiswa Konvensyen pertama pada 2009, seramai 20 pemenang dipilih berdasarkan pemilihan konvensyen dan kajian kes diwakili.

Antara pemenang 2012 ialah Dr Ong Puay Hoon (Presiden Persatuan Disleksia Sarawak), Dr. Ting Choo Yee (Prof Madya Multimedia University – MMU, Cyberjaya), Kang Chia Yang (Pensyarah, Politeknik Mukah Sarawak), Joseph Ramanair (Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak) dan  Dr Khong Heng Yen (Pensyarah Kanan UniversitiTeknologi MARA Sarawak).

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan SCB Dylan Redas Noel berkata : ”Dalam penajaan pemenang, SBC berharap lebih ramai rakyat Sarawak akan lebih aktif menghadiri konvensyen di luar negara sama ada sebagai delegasi, penceramah atau ahli lembaga bagi menarik lebih banyak konvensyen persatuan.

”Tujuan utama biasiswa ini ialah untuk menujukkan manfaat-manfaat dan peluang-peluang menghadiri persidangan dan melatih hos-hos konvensyen pada masa akan datang yang sanggup membida untuk membawa mesyuarat-mesyuarat ke sini.‘’

Borang permohonan kini boleh didapati daripada SCB atau memuat turun daripada http://sarawakcb.com/special-programmes/international-association-convention-scholarship-award/.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengarah Penyelidikan, SBC di alamat  Lot 31 Jalan Masjid 93400 Kuching Sarawak, Malaysia atau menghubungi talian 082-242516, faks 082-242519 atau e-mel [email protected].