Penubuhan jawatankuasa khas diharap perkukuh peranan SPR

0

Fadillah

KUCHING: Keputusan ke-rajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengambil alih kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap dapat memperkukuhkan lagi peranan badan itu.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata ia merupakan sebahagian daripada syor Jawatankuasa Khas Parlimen sebelum ini.

“Diharap apabila SPR berada di bawah parlimen nanti, janganlah kita cemarkan institusi SPR sebaliknya semua pihak (BN dan pembangkang) menjaga serta me-mastikan SPR sentiasa di-perkukuhkan menerusi per-kara yang membina bukannya negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas berhubung penubuhan jawatankuasa khas parlimen kedua-dua parti untuk menyelia suruhanjaya itu.

Najib menjelaskan penubuhan jawatankuasa khas itu yang diwakili Ahli Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang bertujuan memperkukuhkan lagi kewibaan dan kredibiliti SPR.

Abdullah

Beliau berkata demikian dalam ucapan sembah tah-niahnya kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Keputeraan Seri Paduka dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,     Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara Sabtu lepas.

SPR menjadi sasaran dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) apa-bila didakwa bersekongkol dengan BN bagi membolehkan parti kerajaan itu memenangi pilihan raya walaupun tewas undi majoriti kepada PR iaitu hanya mem-peroleh 49 peratus.

BN memperolehi 133 kerusi manakala PR memperolehi 89 kerusi Parlimen dengan 51 peratus undi popular.

Sementara itu Ketua Setiausaha Politik Ketua Men-teri Abdullah Saidol berkata BN Negeri akan menyokong sepenuhnya setiap usaha ke-rajaan memastikan peranan serta tadbir urus SPR lebih tersusun, telus dan diyakini rakyat.

Corak politik masa kini katanya, menyaksikan rakyat semakin terdedah dengan pelbagai maklumat sama ada ia betul atau mengelirukan, yang memerlukan sistem pentadbiran pilihan raya lebih  sistematik dan cekap.

Namun pada masa sama Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Negeri itu mencadangkan supaya sistem pemantauan dan penguat kuasa sepanjang tempoh pilihan raya diperkukuhkan lagi.

“Perlu diadakan juga program kesedaran orang ramai bagi memastikan setiap warganegara didedahkan dengan maklumat yang betul me-ngenai peraturan dan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Selain itu usaha mendaftar pengundi mesti diteruskan dengan lebih serius lagi,” kata Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Semop itu.