Tuesday, November 24

Gegaran gempa bumi di Tarakan turut dirasai di Tawau

0

TAWAU: Gegaran gempa bumi sederhana berukuran 4.9 pada skala Richter yang berpusat di 31 kilometer ke barat laut Tarakan, Indo-nesia dan 118 kilometer ke barat daya Tawau pada kira-kira jam 3.23 pagi semalam turut dirasai penduduk di daerah ini.

Menurut salah seorang penduduk yang hanya ingin di-kenali sebagai Halim, 28, gegaran yang dialami kali ini lebih kuat berbanding ke- biasaannya kerana pertama kali beliau berasakan rumahnya seolah-olah bergoyang dan hendak roboh.

“Memang sebelum ini, saya biasa merasai gegaran akibat gempa bumi di Tawau, tetapi kali ini lebih kuat dan membuatkan saya bimbang,” kata-nya sambil menyatakan maklumat sebenar berhubung kejadian itu hanya diketa-huinya selepas melayari Facebook.

Halim berkata, beberapa saat sebelum kejadian itu, berlaku insiden pelik apabila burung tekukur peliharaannya tiba-tiba meronta seperti hendak melepaskan diri dari sangkar.

Malah, sangkaan awal beliau bahawa bunyi bising dari arah zink rumahnya disebabkan tikus, juga meleset apabila beliau merasai gegaran akibat gempa bumi yang berlaku di wilayah negara jiran terbabit.

Mengulas mengenai insi-den itu, Pengerusi Jawatan-kuasa Bencana Alam Daerah Tawau, Datuk Ismail Mayakob berkata orang ramai harus sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jangan terlalu bergantung kepada siren amaran jika ada berasa gegaran kuat kerana lebih baik jika kita semua mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal demi keselamatan bersama,” katanya.

Ismail berkata, orang ra-mai juga tidak semestinya perlu mendengar siren amaran dibunyikan terlebih dahulu baharu hendak bertindak menyelamatkan diri ke-rana dikhuatiri siren terbabit dibunyikan ketika keadaan sudah terlambat.

Bagaimanapun, beliau menasihati masyarakat supaya tidak panik jika berhadapan dengan situasi sedemikian dan mengikut setiap arahan daripada pihak berkuasa.

“Pada masa sama, pihak Jawatankuasa Bencana Alam Daerah akan sentiasa memantau sebarang perkembangan dan mengambil langkah-langkah perlu untuk berhadapan dengan sebarang bencana alam yang berlaku.

“Pihak Jabatan Meteorologi juga akan sentiasa memberi makluman kepada pihak kita jika ada ancaman bencana alam yang membahayakan keselamatan penduduk dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati rata-rata penduduk di daerah ini tidak panik atau keluar meninggalkan rumah, hotel dan premis masing-masing semasa insiden terbabit walaupun gegaran yang dirasakan lebih kuat berbanding kejadian-kejadian sebelumnya.