Chloe Wong muncul bayi comel Servay Johnson & Johnson

0

MIRI: Chloe Wong Wan Qi diumumkan sebagai bayi paling comel dalam peraduan bayi comel ‘Servay Johnson & Johnson Baby’ bagi tahun 2013 pada majlis penyampaian hadiah di pasar raya Servay Hypermarket, di sini semalam.

Tempat kedua dirangkul oleh Mohd Qayser Dasuqi, manakala Deelancy Shery membawa pulang hadiah ketiga.

Selain itu, lima bayi muncul sebagai pemenang hadiah sagu hati mereka termasuklah Calista Nadine Charles, Houng Wan Ping, Vincent Wong, Wong Qing Jin dan Saffiya Athirah.

Peraduan bayi comel yang diadakan sempena Hari Ibu bulan lalu. Para pemenang menerima hadiah berupa hamper produk bayi Johnson’s.