Jawatan presiden, timbalan presiden UMNO tidak wajar dipertandingkan

0

KOTA KINABALU: Tim­balan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO sewajarnya tidak dipertand­ingkan pada pemilihan parti tahun ini.

Beliau berkata justifikasinya adalah demi memelihara keu­tuhan perpaduan di kalangan anggota UMNO, parti yang menjadi tonggak Barisan Na­sional (BN).

Katanya kejayaan kepimpi­nan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memper­tahankan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan kemenan­gan selesa mengikut standard semasa iaitu 133 daripada 222 kerusi

Parlimen merupakan petan­da bahawa kepimpinannya dan timbalan presiden parti masih mantap dan mendapat kepercayaan rakyat.

“Ini mengambil kira sua­sana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Abdul Rahim yang juga ang­gota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sis­tem demokrasi “westminster” yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan “hung” parlimen .

“Kesimpulannya pertand­ingan terbuka jawatan utama UMNO sudah tentu akan mewujudkan “kem kem” dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan poli­tik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti,” katanya.

Abdul Rahim berkata sua­sana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membole­hkan UMNO dan BN mampu menghadapi PRU14 yang akan datang dengan lebih mantap.

Sementara itu, di RAUB, Pahang, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Mas­lan juga setuju dua jawatan tertinggi parti tidak perlu dipertandingkan demi men­jamin kekuatan, survival parti dan perpaduan Melayu.

Beliau berkata gandingan Najib dan Muhyiddin te­lah berjaya memantapkan UMNO apabila memenangi 88 kerusi Parlimen pada PRU13 berbanding 79 kerusi pada PRU12.

“Lebih bermakna apabila kita (BN) berjaya merampas semula Kedah dan Perak dari­pada pembangkang.

“Misi UMNO dan Barisan Nasional ialah untuk mendapat majoriti dua pertiga undi rakyat pada PRU14 agar kerajaan yang dibentuk lebih man­tap demi masa depan rakyat dan negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan den­gan pemimpin UMNO Raub kelmarin.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, sebuah kerajaan yang kuat amat penting dan sangat diperlukan pada masa ini untuk menjamin kejayaan Wawasan 2020.

Menurutnya pertandin­gan dua jawatan tertinggi itu perlu dielakkan kerana boleh berlaku perpecahan di kalangan anggota parti dan orang Melayu yang kini sudah berpecah kepada penyokong PAS, PKR dan segelintir DAP. — Bernama