RM1.3 juta bina, baiki rumah bekas anggota tentera

0

KOTA BAHARU: Kerajaan memperuntuk RM1.3 juta bagi membina 27 rumah serta membaik pulih 11 kediaman bekas anggota tentera di Kelantan dan Terengganu tahun ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia cawangan Kelantan dan Terengganu Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata semua rumah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 200 kediaman yang bakal dibina dan dibaik pulih di seluruh negara.

“Bagi Kelantan, kita bina 17 rumah baharu dan empat dibaik pulih manakala bagi Terengganu pula, sebanyak 10 dibina baharu dan tujuh dibaik pulih,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Rayuan Hari Pahlawan di Wisma Pahlawan di sini semalam. — Bernama