BN Perak tidak akan fail petisyen pilihan raya

0

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan memfailkan sebarang petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, BN Perak menerima keputusan yang dibuat rakyat pada pilihan raya umum itu.

“Kita terima keputusan yang dibuat oleh rakyat walaupun kita tahu ada beberapa kawasan yang kita boleh kemukakan petisyen kerana ada kawasan yang mereka (pakatan pembangkang) menang dengan jumlah majoriti undi yang kecil iaitu bawah 1,000 undi seperti di Selinsing,” katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di sini semalam.

Pengerusi BN negeri itu berkata BN akan menumpukan perhatian untuk meneruskan kerja mentadbir dan membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat. — Bernama