Program komuniti IPT di Samarahan 24 hingga 30 Jun

0

KUCHING: Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS (MPP UNIMAS) 2012/ 2013 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Residen Bahagian Samarahan, UiTM Kota Samarahan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak akan menganjurkan program kemasyarakatan bersama penduduk setempat dari 24 hingga 30 Jun ini.

Bertemakan Siswa Menabur Bakti, program Kembara IPT Kenyalang (KIK) Siri 1 ini menyasarkan 450 mahasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Kota Samarahan.

Peserta akan menjelajah dan mengembara ke empat daerah di Bahagian Samarahan dari Simunjan, Serian, Asajaya dan Kota Samarahan.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Muhammad menerusi talian 011-14068161.