Peninju pedalaman menyinar

0

HEBAT: Robin Tiong (berdiri kiri) dan Ismail (duduk dua kanan) bersama para peninju remaja Kapit.

Dua peninju Kapit dan Saratok menyinar pada Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan

KAPIT: Dua peninju re­maja Kapit dan seorang peninju dari Saratok yang mewakili Sarawak telah menyinar pada Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2013 yang berlang­sung di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur pada 5 hingga 9 Jun lalu.

Peninju dari Kapit, Ismail Arwan meraih pingat emas bagi kategori (15-16 tahun) 63 – 66 kg, Cenedy Nudin (Saratok) memperolehi perak bagi kategori (15-16 tahun) 44 – 46 kg manakala Bruceter Difender (Kapit) mendapat gangsa bagi kategori (15-16 tahun) 48-50 kg .

Jurulatih pasukan tinju Ka­pit, Robin Tiong memberita­hu Sarawak menghantar tujuh orang peserta ke kejohanan tersebut iaitu empat dari Kapit dan tiga dari Saratok. Ini merupakan julung kalinya Kapit mewakili Sarawak pada kejohanan tersebut.

“Dengan kejayaan tiga pen­inju remaja dari Sarawak yang diwakili Kapit dan Saratok itu jelas menunjukkan pin­inju-pininju dari kawasan pedalaman seperti Kapit mam­pu membuktikan kehebatan dalam bidang sukan terbabit,” kata Tiong di sini semalam.

Katanya, kejohanan terse­but menyaksikan sebanyak tiga kategori umur dipertand­ingkan iaitu peringkat umur 13-14 tahun, 15-16 tahun dan 17-18 tahun dengan setiap peringkat umur sebanyak sembilan kategori dipertand­ingkan. Ini merupakan kali pertama peringkat umur 13-14 tahun dipertandingkan.

Sebanyak 14 negeri dan dua kelab dari Felda dan Batam, Indonesia turut menyertai kejohanan berkenaan. Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Ser­antau juga turut menghantar atlet bagi menyertai kejo­hanan itu yang menjadikan jumlah penyertaan sebanyak 18 pasukan.

Tiong turut merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli Parlimen Kapit merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi atas sumbangan kewangan bagi pasukan Kapit pada kejohanan tersebut.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak MSN Negeri Sarawak yang mem­beri kepercayaan kepada para peserta tinju dari Kapit dan Saratok untuk mengga­las cabaran pada kejohanan tinju remaja kebangsaan sirkit 1/2013,” ujarnya.

Sementara itu, Tiong juga memaklumkan bahawa Ka­pit dijangka menghantar sekurang-kurangnya dua orang peserta pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung di Perlis pada 2014 nanti.

“Buat masa sekarang kita sedang mencari bakat-bakat di kalangan pelajar atau re­maja dari sekolah-sekolah menengah di sini bagi tujuan tersebut,” katanya.