Harden cadang Pertandingan Sepak Takraw Piala Simanggang dianjurkan

0

SELAMAT BERJUANG: Harden menyampaikan bendera kecil kepada pasukan Sri Keranji sambil disaksikan Azman dan Fudin pada majlis itu.

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis mencadangkan agar Persatuan Sepak Takraw Sri Aman (PSTSA) mengan­jurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala Simanggang untuk golongan anak muda tempatan.

Menurutnya, penganjuran pertandingan itu amat penting untuk melahirkan lebih ramai anak muda Sri Aman yang ber­bakat dalam sukan itu.

Ini kerana sukan sepak takraw bukan sahaja dimainkan di peringkat daerah atau negeri, malah turut dipertandingkan di peringkat antarabangsa, tambahnya.

“Saya yakin PSTA mampu menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala Simang­gang itu nanti,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Si­manggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2013 dan Jemputan Kebangsaan di Mini Stadium Sri Aman baru-baru ini.

Sebanyak 16 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini antara I-Big, Kuching, Sri Keranji, Samara­han, Mukah, Limbang, Betong, PDRM, Sri Aman, Sekama, Kastam, SEB Saratok, PSM, Sabah, Tanjung Datu dan E-Jok.

Selain itu, kata Harden, sukan itu juga boleh menjadi popular di negeri ini sekiranya minat terhadap sukan berkenaan dipupuk oleh pihak persatuan di kalangan semua kaum dari semasa ke semasa.

Pada majlis itu, Harden men­gumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ber­nilai RM5,000 kepada PSTSA bagi menyokong aktiviti sukan persatuan itu.

Turut hadir Presiden Per­satuan Sepak Takraw Sarawak Datuk Dr Azman Samaon, Timbalannya ASP Nazri Ismail dan Presiden PSTSA, Fudin Chee.