Program Kenali ASEAN landasan terbaik realisasi pembangunan Komuniti ASEAN

0

JOHOR BAHARU: Program Kenali ASEAN anjuran Jabatan Penerangan merupakan landasan terbaik dalam mendidik masyarakat, sekali gusmembantu merealisasikan pembangunan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, penyebaran maklumat menerusi program tersebut juga dapat meningkatkan komitmenmasyarakat untuk mempercepat dan mengukuhkan integrasi di antara negara-negaraASEAN.

“Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-9, 7 Oktober 2003, pemimpin Asean telah bersetuju untuk membangunkan satu Komuniti ASEAN menjelang 2020. Perdana Menterijuga telah menyatakan hasrat supaya ianya dapat direalisasikan pada 31 Disember2015 dengan Malaysia menjadi negara ASEAN yang pertama mempengerusikan sidang kemuncak tersebut.

“Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Jabatan Penerangan telah diberi tanggungjawab di bawahJawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan ASEAN (ASEAN-COCI) untuk merangka programdalam mewujudkan semangat saling memahami dalam masyarakat bagi menjayakangagasan satu Komuniti ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Kenali ASEAN 2013, di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday.

Katanya, sehubungan itu pelbagai aktiviti termasuk pertandingan mewarna, penceritaan dan kuiz diatur pada program selama dua hari bermula semalam dalamusaha kerajaan memperkenalkan budaya, cara hidup serta ciri-ciri unik yang diamalkan di negara ASEAN untuk rakyat negara ini. — Bernama