Imigresen bantu mangsa kebakaran Kampung Datu

0

SIBU: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak dan Kelab Rekreasi Imigresen Sarawak semalam menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Datu yang berpindah ke Sibu Jaya.

Sumbangan berupa barang keperluan, pakaian dan sumbangan derma telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak Datu Robert Lian.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak Hamfatullah Syawal Hamdan, Ketua Imigresen Bahagian Sibu Imran Jambai Dingun Abdullah dan Residen Sibu Sim Kok Kee.

Lian ketika ditemui pemberita berharap pemberian sumbangan itu dapat meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Datu dalam menjalani kehidupan harian.

Seramai 20 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Datu telah berpindah ke Sibu Jaya dan lapan lagi keluarga berpindah ke Rantau Panjang pada 29 Jun lepas.

Seramai 43 keluarga akan berpindah ke Sibu Jaya dan tujuh lagi ke Rantau Panjang pada 6 Julai ini.