Polis tahan bapa cabul anak

0

SANDAKAN:  Seorang bapa ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai mencabul kehormatan anak perempuannya berusia 12 tahun di rumah mereka di Jalan Singapura dalam dua kejadian pada awal bulan Jun lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata suspek berumur 46 tahun terbabit ditahan oleh polis selepas menerima laporan daripada mangsa.

Dalam kejadian pada 1 Jun kira-kira jam 4 petang, suspek telah memaksa mangsa membuka baju serta tidak membuat bising dan berpesan agar tidak memberitahu kepada sesiapa, katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu telah membawa mangsa membuat laporan polis.

“Pemeriksaan perubatan yang dijalankan terhadap mangsa di Hospital Duchess of Kent mendapati mangsa tidak dirogol,” katanya.

Rowell berkata, pihaknya menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.