Thursday, September 23

Zahid diminta tarik balik kenyataan berbaur negatif terhadap kaum Cina

0

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataan berbaur negatif terhadap kaum Cina dan meminta beliau memohon maaf.

Menurut Setiausaha Penganjur DAP Negeri Violet Yong, Zahid patut memfokuskan tumpuan dalam memastikan keselamatan negara terus terjamin dan berhenti mewujudkan ketegangan antara kaum.

“Beliau (Zahid) tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Jika beliau seorang Menteri yang bertanggungjawab, beliau patut menarik balik dan memohon maaf kepada masyarakat Cina,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah Christina Chiew.

Menurut akhbar dalam bahasa Cina itu, seorang wartawan dalam sidang media memberitahu terdapat permintaan daripada orang awam yang mahu unit rondaan polis dipertingkatkan bagi membanteras jenayah.

Zahid dalam laporan itu berkata: “Kaum Cina perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memerangi jenayah, jangan tengok-tengok saja, ok.”