Tidak ada asas kepada trend pelampau tempatan

0

KUCHING: Tidak ada asas kepada trend pelampau tempatan yang kononnya berkembang dan tidak ada ruang untuk mereka di Sarawak.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, belum ada bukti kukuh berhubung kewujudan puak pelampau setakat ini.

“Bagi saya, ia hanya khabar angin. Saya tidak rasa ada sesiapa yang sampai di tahap (untuk) mengadakan berjuang untuk negara lain seperti Syria atau Afghanistan. Yang ada mungkin dikaitkan dengan pelampau Indonesia, tetapi selepas itu, saya tidak lagi lihat trend sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan terdapat satu trend yang semakin meningkat di Semenanjung Malaysia, di mana pelampau berjuang untuk zon konflik jauh seperti Syria.

Abdul Karim memberitahu, beliau percaya sungguhpun ada trend pelampau di negara ini, perkara tersebut tidak berlaku di negeri ini.

“Sarawak adalah tempat yang aman. Lihatlah cara hidup kita di mana keharmonian kaum di sini adalah berbeza dari tempat-tempat lain.

“Bazar Ramadan adalah contoh yang baik mencerminkan keamanan dan keharmonian kita di sini,” katanya.

Beliau turut memberitahu perlu ada bukti kukuh berhubung penglibatan ekstremis.

“Jika pihak berkuasa mempunyai bukti yang baik untuk menghubungkan orang ramai terlibat dalam pelampau, maka mereka perlu didakwa,” beliau.KUCHING: Tidak ada asas kepada trend pelampau tempatan yang kononnya berkembang dan tidak ada ruang untuk mereka di Sarawak.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, belum ada bukti kukuh berhubung kewujudan puak pelampau setakat ini.

“Bagi saya, ia hanya khabar angin. Saya tidak rasa ada sesiapa yang sampai di tahap (untuk) mengadakan berjuang untuk negara lain seperti Syria atau Afghanistan. Yang ada mungkin dikaitkan dengan pelampau Indonesia, tetapi selepas itu, saya tidak lagi lihat trend sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan terdapat satu trend yang semakin meningkat di Semenanjung Malaysia, di mana pelampau berjuang untuk zon konflik jauh seperti Syria.

Abdul Karim memberitahu, beliau percaya sungguhpun ada trend pelampau di negara ini, perkara tersebut tidak berlaku di negeri ini.

“Sarawak adalah tempat yang aman. Lihatlah cara hidup kita di mana keharmonian kaum di sini adalah berbeza dari tempat-tempat lain.

“Bazar Ramadan adalah contoh yang baik mencerminkan keamanan dan keharmonian kita di sini,” katanya.

Beliau turut memberitahu perlu ada bukti kukuh berhubung penglibatan ekstremis.

“Jika pihak berkuasa mempunyai bukti yang baik untuk menghubungkan orang ramai terlibat dalam pelampau, maka mereka perlu didakwa,” beliau.