Ibu buat laporan polis anak dirogol

0

SANDAKAN: Seorang ibu membuat laporan polis di sini selepas mempercayai anak perempuannya berumur 14 tahun dirogol oleh seorang lelaki di sebuah hotel di pusat bandar ini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata pihaknya telah menerima laporan dari ibu mangsa yang berumur 37 tahun pagi kelmarin.

Dalam laporan itu, mangsa yang berumur 14 tahun itu dipercayai dirogol oleh seorang lelaki tempatan di sebuah hotel di bandar ini, katanya.

Beliau berkata, suspek berumur 25 tahun merupakan teman lelaki kepada kakak mangsa.

Pihaknya sedang mengesan suspek di sekitar daerah ini untuk siasatan lanjut.

Rowell memberitahu pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.