Borneo Talk sedia ruangan komuniti untuk orang ramai

0

KUCHING: Buletin Borneo Talk menyediakan ruangan komuniti ‘The NoticeBoard’ untuk orang ramai menderma artikel atau mengiklankan kepentingan peribadi dan bukan berunsurkan perniagaan di muka surat 34 dan 35 majalah itu.

Menurut Penerbit Bumi Serasi, Buletin Borneo Talk, Ivy Pan, pihaknya berhasrat untuk menjadikan dermaan pihak awam itu di laman sesawang [email protected] sebagai rencana bagi keluaran Oktober hingga Disember ini.

“Anda boleh berikan berita komuniti atau mengiklankan untuk mencari haiwan peliharaan yang hilang, sewa atau jual beli rumah dan hartanah atau cerita-cerita berkaitan komuniti setempat asalkan tidak berkaitan dengan perniagaan,” katanya pada sidang media Perasmian ‘Hot Pot’ Hidangan Kombo Borneo Talk bersama Kentucky Fried Chicken (KFC) Sarawak di premisnya, di sini semalam.

Tambahnya, kolaboratif itu menawarkan dua ketul ayam, ‘chezzy wedges’ dan ‘coleslow’ pada harga RM8.90 dan RM11.90 boleh didapati di pejabat Borneo Talk, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce atau layari laman sosial Facebook di fb.com/borneotalk.

“Ia sebagai tanda terima kasih pihak kami atas sokongan mereka dan satu cara memberi balik kepada masyarakat dan kita sediakan kombo yang boleh digunakan di premis-premis KFC di sini,” katanya.

Ivy berkata, sejak dilancarkan pada 2006, Borneo Talk merupakan buletin yang diterbitkan secara konsisten di Sarawak meliputi pelbagai kegemaran dan aktiviti pelancongan di Sabah, Sarawak dan Brunei.

“Pihak kami menerbitkan pelbagai aktiviti kebudayaan, persekitaran dan acara bersejarah di tiga wilayah ini di dalam cetakan 76 muka surat berwarna.

“Ia boleh dilayari di www.borneotalk.com dan masih diedarkan secara percuma kepada penaja dan penyokong serta boleh didapati di hotel-hotel, resort, lapangan terbang dan kedai buku,” katanya.

Turut hadir Pengurus Pembangunan Perniagaan Bumi Serasi (Borneo Talk) Jasmine Wong dan Pembantu Pengurus Pemasaran KFC Sarawak Sdn Bhd Joey Siaw.