Operator kantin digalak dapat pensijilan halal

0

KUCHING: Operator kantin digalak untuk memperolehi pensijilan halal dalam mengendalikan perusahaaan makanan dan minuman masing-masing di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, pemakanan yang sihat bermula seawal usia muda di peringkat kanak-kanak.

Sebab itu, katanya, aspek kebersihanan makanan dan premis amat ditekankan di kantin-kantin sekolah untuk menjamin proses pembesaran anak-anak yang sihat dan seimbang.

“Aspek kebersihan tidak hanya ditekankan di kalangan operator kantin sekolah, malah perkara yang sama turut ditekankan di kalangan operator makanan swasta termasuk di bazar-bazar Ramadan.

“Malah mengikut kualiti yang sebenarnya, makanan yang di-sediakan selepas empat jam tidak lagi sesuai untuk dihidangkan atau dijual kerana dikhuatiri tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembenta-ngan oleh pengusaha kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa, Angela Chia di pejabat beliau di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.

Kantin di bawah CG Coffee House itu merupakan yang pertama seumpamanya dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang terlatih dalam bidang masakan, pastri dan sebagai-nya serta mendapatkan pengiktirafan status halal sepenuhnya.

Mula beroperasi pada 2012, kantin SMK St Teresa di bawah operator baharu ini telah melalui proses pengubahsuaian dari seluruh aspek bermula dari premis, peralatan dan kelengkapan, makanan termasuk pekerja yang profesional.

Bukan berorientasikan keuntu-ngan sepenuhnya, kantin ini menawarkan makanan terbaik untuk pelajar sekolah sehingga kakitangan sekolah dan para guru termasuk individu luar pada harga yang paling berpatutan.

Pada masa yang sama, pengusaha-nya Angela turut mengambil inisiatif untuk mengagihkan makanan percuma kepada 40 orang pelajar kurang berkemampuan setiap hari sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat.

Mengulas mengenai usaha yang diambil oleh kantin tersebut, Fatimah berkata ia patut dicontohi oleh operator-operator kantin sekolah yang lain.

Katanya, sesuai dengan usia anak-anak sekolah yang dalam proses pembesaran, operator kantin perlu memberi penekanan kepada tahap kebersihan makanan yang dijual di sekolah dan bukannya memikirkan keuntungan semata-mata.

Dalam pada itu, Fatimah dijangka akan mengunjungi kantin sekolah ini pada 30 Ogos depan selain turut menghadiri Majlis Hari Raya dan Sambutan Hari Kebangsaan di sekolah pada hari yang sama.