Dua peserta harumkan nama IPG Miri pada tilawah dan tafsir al-Quran

0

MIRI: Peserta Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri mengharumkan nama institusi berkenaan pada Majlis Ujian Tilawah dan Tafsir Al-Quran Kali Ke-29 yang berlangsung di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi Selangor baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, pelajar Pengajian Islam Semester 4 IPG Miri, Mohd Firdaus Musa berjaya muncul sebagai naib johan bahagian hafazan.

Manakala Mohd Haris Mat Nor dari program yang sama juga berjaya mendapat kempat ketiga dalam bahagian tafsir al-Quran pada majlis sama.

Pensyarah pengiring yang juga Timbalan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Miri, Mohamed Madani Bakar memberitahu bahawa faktor utama kejayaan dua wakil berkenaan adalah mempunyai disiplin dan kesungguhan dalam sesi latihan.

“Ia (kejayaan) adalah hasil daripada kekuatan disiplin dan kesungguhan mereka berdua dalam sesi latihan yang diadakan,” katanya.

Selain itu, ia juga adalah sumbangan dan kerjasama daripada barisan pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral.

Majlis yang berlangsung selama empat hari iaitu 4 hingga 7 Julai itu menyaksikan penyertaan daripada 27 buah IPG seluruh Malaysia.