Site Last Updated 11:49 am, Sunday

Pengarah kelahiran Kuching adakan tayangan filemnya di Los Angeles

Posted on July 17, 2013, Wednesday

KUCHING: Pengarah filem kelahiran Kuching James Wan mengadakan tayangan perdana bagi filem bertajuk The Conjuring di pawagam Cinerama Dome di Los Angeles, California, semalam.

Wan menghangatkan permaidani merah bersama barisan pelakon iaitu Patrick Wilson, Vera Farmiga, Lili Taylor dan Ron Livingston.

Menulis dalam laman sosial Facebook miliknya beliau ‘teruja dan begitu gementar’ mengenai acara permaidani merah yang julung kalinya itu.

“Saya rasa seperti hendak muntah, tetapi saya tidak boleh berpatah balik sekarang. Bahagian perjalanan ini akan berakhir tidak lama lagi,” katanya dalam laman sosialnya.

The Conjuring berdasarkan kisah benar penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren dan usaha mereka untuk membantu sebuah keluarga yang diganggu di sebuah rumah ladang terpinggir.

Ia mula ditayangkan di Amerika Syarikat Jumaat ini.

Wan pertama kali dikenali di peringkat antarabangsa selepas mengarah dan turut sama menulis Saw yang kemudian mencetuskan filem-filem sekuel seperti Saw II, Saw III dan Saw IV, beliau menjadi penerbit eksekutif.

Beliau juga dikenali kerana filem Insidious, yang dibintangi Wilson dan Rose Byrne dan bermula dari situ sudah menyiapkan Insidious: Chapter 2.

Wan ketika ini dalam menyediakan prapenerbitan untuk  Fast & Furious 7, yang akan dibintangi antara lain Paul Walker, Vin Diesel dan Dwayne Johnson.

Dilahirkan di Kuching pada 27 Februari 1977, Wan membesar di Australia dan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kesenian di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT).

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.