Produser kalah saman terhadap wawancara Melodi

KUALA LUMPUR: Seorang produser drama semalam kalah dalam saman fitnahnya berjumlah RM10 juta terhadap TV3 berhubung satu wawancara dalam program ‘Melodi’ lima tahun lepas.

Ketika menolak saman Jurey Latiff Mohd Rosli, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa perkataan yang terkandung dalam wawancara itu bukanlah fitnah terhadap Jurey Latiff.

Hakim berkata, perkataan itu juga tidak sama seperti fitnah memandangkan Jurey telahpun dimaklumkan mengenai kandungan wawancara itu sebelum program Melodi disiarkan.

“Beliau tahu tentang isu yang diutarakan kepadanya.

“Beliau tahu apa yang diperkatakannya,” kata hakim, dan menambah plantif boleh menolak daripada diwawancara namun beliau mengizinkan untuk diwawancara.

Selanjutnya, hakim berkata, Jurey Latiff secara sukarela mengambil bahagian dalam wawancara itu dan beliau sedar tentang isu yang diperkatakan.

Nik Hasmat turut menegaskan bahawa TV3 sebagai stesen TV utama di negara ini hanyalah bertindak mengikut tanggungjawab kewartawanan dalam menyiarkan wawancara itu.

Hakim memerintahkan Jurey Latiff membayar kos RM25,000 kepada TV3.

Pada 13 Jan, 2009, Jurey Latiff, yang juga Presiden Penerbit Televisyen Malaysia memfailkan saman terhadap TV3 dengan mendakwa program Melodi yang disiarkan TV3 pada 12.30 tengah hari 21 Sept, 2008 telah memfitnah beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata hos Nas Ahmad membayangkan bahawa beliau individu tidak bermoral dan seorang suami serta bapa yang tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

TV3, dalam pernyataan pembelaan yang dibetulkan, berkata wawancara itu dibuat dalam keadaan perlindungan bersyarat memandangkan ia mempunyai tanggungjawab sosial dan moral untuk menerbitkan apa jua maklumat yang diperolehnya tentang mana-mana individu agar orang ramai mendapat maklumat sepenuhnya. — Bernama

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of