Bahasa Iban standard wajib diguna dalam pelbagai bidang

BETONG: Penggunaan Bahasa Iban standard wajib digunakan dalam pelbagai bidang merangkumi pendidikan di sekolah serta disebarkan dalam siaran media cetak, elektronik dan akhbar agar dapat dipelajari oleh masyarakat lain bagi mengangkat martabat kaum Iban di Sarawak.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata, memperkenal bahasa yang betul dapat memberi pengetahuan masyarakat sekali gus mendalami dan mendedahkan mereka dengan penggunaan yang tepat dalam sebutan bahasa tersebut.

Tambahnya, kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk mencetak bahan-bahan untuk pendidikan Bahasa Iban agar dapat dijadikan rujukan dalam pembelajaran di peringkat sekolah.

Jelasnya, pelaksanaan pendidikan Bahasa Iban di sekolah-sekolah telah lama diperkenalkan dan menjadi salah satu mata pelajaran pilihan di kalangan pelajar.

“Sejak 2011, Pendidikan Bahasa Iban menjadi salah satu pengkhususan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menyediakan pengambilan seramai 20 pelajar dalam Jurusan Pendidikan Bahasa Iban untuk menjadi tenaga pendidik dalam bidang tersebut.

“Apapun jumlah tersebut masih kurang dan kita berusaha mengusulkan penambahan pengambilan pelajar dalam jurusan tersebut kepada Menteri Pendidikan,” katanya pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL) 2013 di Rumah Kerehatan Kerajaan Betong di sini, semalam.

“Jika keperluan tersebut tidak ditambah, maka kita akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan tenaga pengajar yang diiktiraf,” katanya.

Sementara itu, Presiden AEDIL Dr Lambat Lindong menjelaskan penubuhan persatuan tersebut adalah atas dasar pembangunan Bahasa Iban bukan sahaja sebagai salah satu pendidikan di sekolah, tetapi juga harus dibangunkan merangkumi idea-idea bernas oleh para pendidik di kalangan pengetua, pegawai, pensyarah dan guru.

“Persatuan ini didaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sejak 2009 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

“Mesyuarat Agung Pertama diadakan pada 2011 di SMK St Augustine Betong dan ahli semasa adalah antara yang menjadi peneraju persatuan dan Majlis Tertinggi (MT) yang menggalas tanggungjawab mengembangkan persatuan.

“Kita berusaha untuk memartabatkan Bahasa Iban sebagai warisan bangsa yang kekal dan sejati dalam melonjakkan kecemerlangan bahasa itu ke tahap lebih tinggi,” tegasnya.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Ludan Lintong dan Pengetua SMK St Augustine, Paul Langgang.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of