Site Last Updated 2:03 am, Tuesday

Huru-hara di Mesir contoh terbaik kesan demonstrasi jalanan

Posted on July 23, 2013, Tuesday

KUCHING: Keadaan bergolak dan huru-hara di Mesir pada masa sekarang adalah contoh terbaik kesan demonstrasi jalanan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata masyarakat di Malaysia termasuk yang beragama Islam sepatutnya mengambil iktibar daripada keadaan yang berlaku di Mesir dan mengelak melakukan perkara sama.

“Budaya Arab Spring atau demonstrasi jalanan boleh mengubah negara kepada kehancuran dan bukannya kebaikan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas dan orang kurang upaya di Masjid Darul Islam Kampung Bintawa Hilir malam kelmarin.

Menurutnya, keadaan kucar- kacir di negara Islam hanya akan memberi peluang mudah kepada negara barat untuk mengambil kesempatan.

“Jika negara Islam bermasalah, negara barat sudah pasti akan mengambil kesempatan daripada situasi ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong mahu umat Islam mencari pendekatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Pada majlis sama beliau turut menasihati ibu bapa supaya memantau kegiatan anakanak bagi mengelak mereka terlibat dengan dadah atau gejala negatif lain.

“Kita mesti mengutamakan institusi kekeluargaan.

“Jadi kita patut sentiasa mengambil tahu pergerakan anak-anak,” jelasnya.

Seramai 25 OKU dan 92 warga emas menerima sumbangan masing-masing berbentuk beras dan wang tunai.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

 

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.