Nama pengundi: SPR perlu terima cabaran kehakiman

0

KOTA KINABALU: Suru-hanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menerima cabaran kehakiman berhubung nama-nama yang diwartakan dalam daftar pengundi, kata Anggota Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming semalam.

Untuk tujuan itu, Ong, bekas pensyarah Ekonomi dan Sains Politik, memperakukan supaya Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya, yang menyekat semakan kehakiman, dimansuhkan.

“Setakat ini, SPR tidak menunjukkan mereka ikhlas dan mempunyai iltizam politik untuk membuat perubahan wajar demi menentukan daftar pengundi itu bersih.

“Bila timbul masalah, mereka sering menuding jari terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini perlu diubah,” beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah.

Ong, yang menjalankan kajian mengenai jumlah kes kad pengenalan (IC) bermasalah dalam daftar pengundi Sabah, berkata Sabah mempunyai bilangan pengundi meragukan paling besar dalam negara.

Beliau berkata seluruh sistem mendaftar pengundi perlu dirombak dan menggesa SPR bekerjasama dengan JPN bagi membersihkan daftar pengundi dengan mengenal pasti dan mengesahkan IC bermasalah.

Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ma-syarakat Bahagian Dasar Dr Chua Choon Hwa berkata Sabah mempunyai bilangan kanak-kanak jalanan pa-ling ramai di negara ini dan majoriti daripada mereka mempunyai ibu bapa atau keluarga yang mereka tinggal bersama.

Beliau berkata, menurut kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS), kira-kira 89 peratus responden menyata-kan mereka masih mempu-nyai ibu bapa yang kekal dan hidup bersama. — Bernama