Pulau Pinang telah lama haramkan Syiah: Yang Dipertua MAINPP

0

BUTTERWORTH: Pulau Pinang telah pun mewartakan fatwa mengharamkan fahaman Syiah di negeri ini sejak beberapa tahun lepas lagi, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Salleh Man.

Beliau berkata, bagaimana-pun penguatkuasaan dan pe-laksanaan fatwa itu diserah-kan kepada Jabatan Mufti Negeri untuk mengambil tindakan susulan.

“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang bahawa kita dah gazetkan fatwa anti-Syiah ini, cuma tindakan tu belum. Kalau diselaraskan di seluruh negara tak tahulah macam mana…bergantung kepada Jabatan Mufti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Permulaan ke Institusi Pengajian Tinggi dan Pembayaran Zakat Korporat di sini semalam.

Salleh berkata setakat ini, MAINPP tidak menerima sebarang laporan mengenai penularan fahaman Syiah di negeri ini dan pemantauan terhadapnya adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Kedah yang bakal mewartakan fatwa anti-Syiah seperti yang di-umumkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada Khamis lepas.

Kelmarin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap kerajaan negeri patut mengkaji serta mempertimbang perkara itu dan mencontohi Kedah. — Bernama