Penderaan seksual: Rohani akan lawat semula penempatan Penan

0

LAWATAN SEMULA: Rohani memperjelaskan keadaan terkini laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan lawatan semula ke penempatan kaum Penan di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata, lawatan itu bertujuan menyemak semula serta mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak.

“Lawatan semula ini bertujuan mendapatkan input terkini mengenai masalah yang dihadapi komuniti Penan di negeri ini dan kita akan melaksanakannya dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan mesra di pejabat akhbar Utusan Borneo dan The Borneo Post di Crown Towers di sini semalam.

Pada masa yang sama Rohani meluahkan rasa kesalnya terhadap laporan yang dikeluarkan oleh portal berita mengenai kenyataan beliau berkaitan masalah yang dihadapi kaum Penan di Sarawak pada mesyuarat ketujuh Suruhanjaya Perlindungan Hakhak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC) Peringkat ASEAN Isnin lalu.

“Saya tidak mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang dilaporkan dalam portal berita itu dan saya amat kesal terhadap laporan tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu membincangkan tentang masalah yang dihadapi kanakkanak dan wanita secara keseluruhan di Malaysia.

“Dalam ACWC itu, saya bercakap lebih dari segi perspektif Malaysia mengenai kebajikan kanak-kanak dan wanita kerana ia peringkat ASEAN.

“Selepas itu kami mengadakan sidang media dan sebaik sahaja selesai saya tibatiba diaju soalan oleh seorang wartawan wanita tentang Penan.

kenyataan beliau berkaitan masalah yang dihadapi kaum Penan di Sarawak pada mesyuarat ketujuh Suruhanjaya Perlindungan Hakhak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC) Peringkat ASEAN Isnin lalu.

“Saya tidak mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang dilaporkan dalam portal berita itu dan saya amat kesal terhadap laporan tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu membincangkan tentang masalah yang dihadapi kanakkanak dan wanita secara keseluruhan di Malaysia.

“Dalam ACWC itu, saya bercakap lebih dari segi perspektif Malaysia mengenai kebajikan kanak-kanak dan wanita kerana ia peringkat ASEAN.

“Selepas itu kami mengadakan sidang media dan sebaik sahaja selesai saya tibatiba diaju soalan oleh seorang wartawan wanita tentang Penan.

“Saya hanya menjawab kepadanya biar saya melakukan lawatan semula di penempatan Penan baharulah saya dapat memberi penjelasan terperinci yang anda mahukan,” jelasnya.

Namun, beliau memberitahu wartawan tersebut melaporkan yang sebaliknya dan memberi gambaran yang negatif terhadap masalah tersebut.

Justeru, Rohani berkata pihaknya sentiasa membuka pintu kepada pengamal media untuk mendapatkan fakta terperinci bagi memastikan laporan yang dihasilkan tidak bertentangan dengan fakta yang sebenar.

Dalam lawatan mesranya di pejabat The Borneo Post dan Utusan Borneo semalam, beliau turut menyampaikan buah tangan kepada kakitangan The Borneo Post dan Utusan Borneo berupa juadah berbuka puasa.

Hadir sama pada lawatan itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Noriah Ahmad.