Penduduk Malaysia seramai 28.3 juta dalam banci 2010

0

KUALA LUMPUR: Banci penduduk Malaysia pada 2010 mendapati penduduk negara ini berjumlah 28.3 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 26 juta atau 91 peratus merupakan warganegara Malaysia manakala 2.3 juta atau 8.2 peratus bukan warganegara.

“Operasi banci itu dilaksanakan mulai 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Banci akan datang bagi penduduk Malaysia ialah pada 2020,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara di sini, semalam.

Banci bagi penduduk Malaysia dijalankan setiap 10 tahun sekali.

Malaysia melaksanakan operasi banci mengikut garis panduan antarabangsa, amalan di negara lain selain mengikut standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, katanya.

Abdul Wahid berkata Malaysia pada masa ini berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi.

“Ini dapat dilihat melalui pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang hanya RM264 pada 1970 dan RM5,000 pada masa ini,” katanya. — Bernama